
Sulit
4 tahun
Ketumbuhan di rahim fabroid
Saya mempunyai fabroid, dan doktor telah memberi suntikan untuk mengecutkan saiz fabroid. Apa yang saya nak tahu adakah saya boleh makan evening primrose oil setelah di beri suntikan tersebut?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Saya sarankan anda untuk menghubungi doktor pakar anda, untuk mendapatkan informasi tentang diet pemakanan yang anda boleh makan pada waktu ini kerana beliau lebih memahami status kesihatan anda. Terdapat beberapa maklumat yang perlu dipertimbangkan sebelum memberikan kesimpulan. Oleh itu, agak sukar bagi pihak saya untuk memberikan kesimpulan kerana kekurangan maklumat. Setakat terdapat info yang terhad tentang supplemen yang anda nyatakan jika ia adalah selamat di makan selepas melakukan prosedur rawatan fibroid rahim.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.