
Neal
6 tahun
Kini saya terlalu kurus selepas amalkan diet
Hi doctor. Tinggi saya 171cm. Saya nak tanya doktor, dulu saya ni gemuk tapi skrg saya terlalu kurus apabila saya amalkan diet, jadi sekarang ini saya nak isi badan saya balik tetapi tidak gemuk cuma nak isi2 dan kalau boleh berotot gitu. Apakah penyelasaiannya doktor? Bukan apa doktor, saya dari awal tahun ni sudah amalkan makan banyak tapi mmg tiada perubahan dan saya dah buat beberapa senaman otot tapi berkesan sedikit dan kadang2 shaja.

6 tahun
Salam sejahtera.
Setiap orang mempunyai kadar metabolik yang berbeza. Kadar metabolik yang lebih tinggi bermaksud anda menggunakan lebih tenaga untuk menjalankan aktiviti harian berbanding dengan orang lain. Secara amnya, lelaki muda seperti anda mempunyai kadar metabolik yang lebih tinggi berbanding dengan orang lain. Oleh itu, anda memerlukan banyak tenaga untuk menambah berat badan.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda harus mengamalkan diet yang tinggi kandungan protein untuk membina otot. Anda perlu mengambil lebih banyak sumber protein seperti susu, ikan, ayam dan daging untuk meningkatkan perkembangan otot. Anda seharusnya mengambil 3 gram protein untuk setiap kilo berat badan anda untuk membina otot. Sebagai contohnya, jika berat badan anda sekarang ialah 50 kg, maka anda perlu mengambil 150 gram protein setiap hari untuk membina otot.
Kurangkan pengambilan karbohidrat dan lemak kerana mereka tidak membina otot dan boleh menyebabkan kegemukan. Pastikan pemakanan anda masih merangkumi semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Sila merujuk kepada doktor, pakar diet atau internet berkenaan kombinasi makanan yang sesuai mengikut umur dan jantina anda.
Pengambilan protein sahaja tidak akan berguna jika anda tidak bersenam secukupnya. Untuk membina otot, anda harus menggunakan semua bahagian otot di badan anda supaya badan anda faham bahawa otot yang lebih adalah diperlukan dan badan anda akan menggunakan protein untuk membina otot baru.