Sulit
3 tahun
Kista bartholin pada alat sulit menyukarkab untuk memakai celana dan bergerak
Saya mengalami kista bartholin ni dan amat menyukarkan saya untuk memakai celana dan duduk dengan selesa . Selain berjumpa dgn dr . Adakah dengan mengambil ubat tahan sakit ianya boleh merawat masalah yg saya alami ?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Sejujurnya untuk mengetahui apakah benar kelenjar bartolini yang dikeluhkan oleh puan atau ianya berpunca dari gangguan lain, memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif. Alat sulit yang bengkak atau mengalami kelainan, boleh berpunca dari:
- kista bartholini
- abses bartholini
- fibroma / lipoma / leiomyoma
- tumor atau neoplasma yang lain
Khususnya pembengkakan kelenjar bartholini boleh berpunca dari:
- jangkitan kuman
- saluran kelenjar yang tersumbat
- trauma atau luka
- dan lain-lain
Terdapat pelbagai jenis rawatan yang (tergantung diagnosis penyakit) boleh dilaksanakan. Dari rawatan antibiotik topikal, sehingga ke operasi kecil.
Ubat tahan sakit boleh digunakan dengan memakan paracetamol sebanyak 500mg sehari atau per 12 jam. Anda dinasihatkan hanya menggunakan ubat tahan sakit sekiranya tidak mampu bertahan. Namun perlu diingatakan bahawa konsumsi paracetamol yang berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan jangka panjang.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Untuk mengetahui dengan lebih tepat tentang kondisi kesihatan anda, dan agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, kami menasihatkan agar anda tetap mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.