
Sulit
3 tahun
Kitaran haid berkaitan dengan waktu kesuburan wanita berusia 24 tahun
Saya wanita 24 tahun & mempunyai kitaran haid yg teratur iaitu kitaran haid 32 hari. Pada bulan ini saya terlewat haid selama 2 hari, jadi persoalan saya adalah ovulation period/waktu subur saya sebelum ni juga akan lari? Atau waktu subur itu tetap terjadi 2 minggu selepas hari pertama dtg haid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari.Untuk makluman anda, kesuburan seorang wanita biasanya terletak di tengah kitaran haid. Biasanya waktu subur adalah sekitar hari ke-14 daripada kitaran haid yang normal (28 hari).
Untuk maklumat lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan