Anonymous
6 tahun
Kitaran Haid datant Lambat
Saya wanita umur 19 tahun, sudah 5 hari haid tak datang, saya baru berkahwin 2 bulan, boleh saya tahu mengapa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 8 hari. Perdarahan haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid datang lebih lambat daripada 38 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Sekiranya haid telah lewat melebihi 38 hari dan puan mengesyaki hamil, puan adalah digalakkan untuk memeriksa kehamilan dengan menggunakan ujian sederhana yaitu, urine pregnancy test (UPT). Sedikit tips bagi puan untuk melakukan ujian UPT adalah bahawa sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih

























