
Sulit
4 tahun
Kitaran haid sudah lewat 52 hari
Hi Doktor, saya pernah mengalami kelewatan kitaran haid semasa awal 20-an. Sejak berkahwin 5 bulan yang lepas, kitaran haid saya terkawal 3bulan sebelum sehingga la bulan dec 2020. Akan tetapi, haid saya telah lewat dan hari terakhir pada 23 Dec. Sehingga kita saya masih belum datang haid. Sudah cuba beberapa kali menggunakan UTP tapi result tetap negative dan saya tidak mengalami sebarang alahan atau simptoms. Mohon pencerahan dari doktor.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini kerana haid anda lewat. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!