
Sulit
4 tahun
Klimax & air mazi wanita
Selamat pagi doktor dan selamat sejahtera…saya ada pertanyaan mengenai air mazi…Kenapa keluar darah pada air mazi wanita ketika orgasm…ada masalah serius ka doktor atau ada sebarang penyakit…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pendarahan ketika melakukan hubungan seksual.
Melalui keterangan yang anda berikan, saya memerlukan pertanyaan yang lebih mendalam untuk menyimpul permasalahan anda. Namun begitu, terdapat beberapa kemungkinan pendarahan berlaku ketika hubungan seksual seperti:
Jalinkan hubungan mesra yang bebas permasalahan.
- Trauma atau luka ketika berhubungan
- Keradangan servik
- Polip Servik
- Jangkitan penyakit kelamin seperti chlamydia atau gonorrhea
- Darah haid yang datang awal dari waktunya
- Tanda awal kanser servik
Sekiranya perkara ini berulang, saya menasihatkan anda untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital atau klinik. Saya juga menasihatkan anda untuk mendapatkan suntikan vaksin HPV bagi mengelakkan kanser servik. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.