
Sulit
5 tahun
Knp lidah sy sakit
Sy nak tanye…lidah sy sakit…bila sy cek tak nampak ulser…tpi rasa sakit dan pedih dkt lidah…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebetulnya, sebelum membuat kesimpulan tentang kondisi anda, maklumat lanjut masih diperlukan untuk mendiagnosis seperti apakah terdapat perubahan rasa saat anda mengunyah makanan, apakah terdapat perubahan warna, dan sebagainya.
Untuk makluman anda, lidah kebas disertai sensasi seperti yang disifatkan sakit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gangguan somatoform (sejenis masalah psikiatri yang mana pesakit mempunyai keluhan yang timbul tanpa dapat dijelaskan asal datang keluhan)
- Akibat pemakanan (lidah sensitif). Contohnya makanan yang pedas atau panas
- Multiple sclerosis
- Hypoglycemia (kurang gula dalam darah)
- Burning Mouth Syndrome (BMS)
- Sawan
- Stroke
- Kanser mulut
Memandangkan kondisi menganggu kehidupan seharian, hal ini boleh dikatakan serius. Justeru, sebaiknya anda mengunjungi klinik kesihatan dan mendapatkan rujukan ke doktor pakar psikiatri untuk dapat dilakukan pemeriksaan lanjut serta supaya dapat diberikan rawatan yang tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.