
Sulit
4 tahun
Kuarantin bila ada ahli keluarga yg PUS
Anak sy petugas hospital ada kontek rapat dgn pesakit positif covid. Kategori medium risk. Telah ambil swab dan kuarantin selama 5 hari. Swab ke 2 akan diambil 2 hr lg. Anak sy tinggal serumah dgn sy. Perlukah sy kuarantin sama dan brp lama. Sy penjawat awam di kementerian. Sekiranya swab ke2 negatif, adakah sy boleh berhenti kuarantin. tkasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberikan.
Kami faham kemusykilan yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, mengikut garis panduan COVID-19, anda dikehendaki kuarantin sehingga keputusan swab atau saringan kedua negatif, anda boleh dilepaskan dari kuarantin setelah keputusan ujian swab dikeluarkan. Namun begitu kami sarankan anda untuk mengikut arahan yang diberikan oleh pihak yang mengendalikan kes anda.
Anda juga dinasihatkan untuk kuarantin di bilik berasingan daripada anak anda.
Anda juga dikehendaki untuk memantau gejala-gejala COVID-19. Berikut merupakan gejala biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti yang digariskan oleh WHO:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Kami juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini