
Sulit
5 tahun
Kulit ada tompok2 hitam
Hi doktor. Saya berusia 18tahun…saya nk tanya kenapa kulit saya ada tompok2 hitam… Pada mula nya macam kene gigit nyamuk lepas hilang tu dia tinggal kesan hitam… Penuh dekat tangan dengan kaki saya… Apa yg perlu saya lakukan untuk hilangkan tompok2 hitam ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Pada pendapat saya, tompok tersebut berkemungkinan disebabkan parut.
Hasil daripada luka pada kulit akan menyebabkan kesan seperti tompok hitam. Apabila kulit cedera, keradangan akan menyebabkan bertambahnya penghasilan hormon yang memberikan warna hitam kepada kulit iaitu melanin. Oleh sebab itu, parut akan kelihatan gelap atau hitam.
Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Namun begitu anda boleh cuba ke farmasi dan meminta nasihat mereka bagi mendapatkan ubat bagi parut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat serta mendapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.