
Sulit
5 tahun
Kulit bengkak dan bernannah
Ibu jari kaki saya di bahagian tapak ada tumbuh nanah, dlm 2 hari lepas tu nanah pecah dan keliling nanah agak bengkak.
Rasanya sakit bila tersentuh dan tidak gatal langsung. Lepas nanah pecah, nampak bahagian kulit belah dalam berwarna merah, dan kerap berair.
Kemudian mula tumbuh nanah di bahagian sekitarnya dan mengalami proses yang sama.
Sakit ini sudah seminggu.
Saya ada rendam dgn air garam + cuka epal. Lps tu, sapu mi yak gamat atau minyak zaitun, tetap tidak berkurang.
Dalam 2 harini ini, sya sapu dgn cream candid-B, yg sy baru jumpa di rumah, memndangkan klinik banyak tutup sempena pkp.
Nampaknya mcm x berkurang, cuma belum ada tumbuh di tempat lain.
Boeh tak doc nyatakan punca nya, dan cadangan ubat yg saya boleh beli di farmasi berhampiran.
Info tambahan, saya tidak ada penyakit kencing manis.
Terima kasih doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, rawatan akan bergantung kepada punca bagi masalah bisul di tapak kaki anda. Kami juga perlu untuk memastikan bahawa bengkak di tapak kaki tersebut memang bisul ataupun masalah lain. Bisul merupakan nanah yang terkumpul dalam satu rongga yang sangat menyakitkan.Bisul disebabkan oleh bakteria pada rambut folikal dan sekeliling kulit yang mana pada mulanya muncul sebagai jerawat. Bakteria yang paling biasa membentuk bisul dipanggil Staphylococcus aureus.
Rawatan yang boleh diambil adalah :
- Anti-biotik yang bersesuaian (semasa).
- Melakukan demahan suam untuk menggalakkan aliran nanah.
- Pemberian ubat antibiotik secara oral atau suntikan berdasarkan keseriusannya.
- Melakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah.
Bisul juga boleh dicegah dengan :
- Menjaga kebersihan diri dengan baik.
- Pastikan kulit sentiasa bersih.
- Basuh tangan sebelum menyentuh muka.
- Jangan berkongsi tuala mandi atau pakaian.
- Elakkan dari menekan bisul kerana ianya bahaya boleh menyebabkan jangkitan kepada bahagian kulit lain atau aliran darah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.