
Sulit
4 tahun
Kulit gatal dan kering di sekitar miss v
Saya wanita 21 thn. Pada awalnya saya mengalami gatal2 kemerahan di sekitar miss v dan celah peha. Kejadian ni berlaku selepas sy memotong bulu di bahagian miss v (sebelum ni tiada masalah apa2). Gatal surut bila saya sapu ubat gatal yg sy beli di farmasi tp selepas beberapa hari timbul balik gatal2. Perkara ini berlarutan dlm sebulan dua dan sekarang sy perasan di tempat gatal di sekitar miss v dan celah peha menjadi kering, gelap dan sedikit menggelupas.
Mohon pencerahan doktor. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kekeringan dan kegatalan pada kemaluan. Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Sebab fizikal seperti akibat bulu kemaluan
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
Risau dengan masalah kegatalan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Untuk mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Oleh itu, jika perkara ini berlarutan dan mengganggu anda, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Perlukan penerangan selanjutnya? Dapatkan nasihat daripada pakar sakit puan .