
herry.hart
5 tahun
Kulit gatal waktu petang
saya mengalami malasah kulit akan berasa gatal di waktu petang dan badan akan timbul ruam dimana akan membuat terasa gatal mengakibatkan untuk mengaru. apakah saranan dari pihak doctor untuk masalah macam ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kudis buta
- ekzema
- reaksi ubat
- gigitan serangga
- kutu
- jangkitan kulit
Kulit berasa gatal sewaktu malam boleh terjadi disebabkan oleh beberapa hal seperti seperti tertulis diatas. Untuk itu, kami memerlukan penjelasan lanjut seperti
- dimanakah anggota atau bahagian kulit yang terkena gatal tersebut?
- apakah terdapat perubahan pada kulit yang gatal tersebut?
- apakah terdapat ahli keluarga atau teman serumah lain dengan gejala yang sama?
- apakah pernah terjadi gejala seperti ini sebelumnya?
- apakah tuan sedang menggunakan sebarang ubat?
- apakah tuan mempunyai sebarang alergi?
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini berlaku.Antaranya ialah:
- Keadaan kulit. Banyak masalah kulit gatal, termasuk kulit kering (xerosis), ekzema (dermatitis), psoriasis, kudis, luka bakar, parut, gigitan serangga dan gatal-gatal.
- Gangguan saraf.
- Alergik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.