Sulit
3 tahun
Kulit kepala zakar mngelupas
Saya berumur 21 tahun kulitngilu seakan baru bersunat apakah yg perlu sy lakukam adkah sebarang krim bleh digunakan utk merawat kulit zkepala zakarkepala saya mengelupas
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan yang diberi, kulit yang terkupas pada bahagian zakar boleh disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Geseran kulit
- Alahan kulit (Allergy)
- Jangkitan kuman ( Yeast infection )
- Penyakit ekzema
- Sifilis
- Herpes zoster
Bagi kes anda, kemungkinan pakaian yang dipakai adalah baharu dan boleh menyebabkan alahan pada kulit zakar. Selain itu, krim yang digunakan mungkin juga menyebabkan alahan yang sama dan menyebabkan ia terasa lebih pedih dan terkupas. Namun, produk yang digunakan tidak diketahui. Oleh itu kami perlukan informasi lebih untuk mengesahkan masalah tersebut dengan lebih lanjut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.