Sulit
5 tahun
Kulit menggelupas dan sakit
Saya lelaki berumur 20 tahun, kulit zakar menjadi kering dan terasa perih. Saya cuma untuk sapu simple cream hovid tetapi hasilnya tetap sama, adakah ubat itu berkesan pada kulit zakar dan apakah langkah-langkah terbaik bagi merawat masalah ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. . Untuk makluman anda, kulit zakar menggelupas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ekzema
- Psoriasis penyakit kulit autoimun yang boleh mengenai seluruh badan
- Keradangan kulit akibat jangkitan kulat
- Balanitis Circinate (seperti yang berlaku pada pesakit dengan penyakit Reiter )
- Balanitis Zoon: keradangan kepala zakar pada lelaki berusia
- Kanser penis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.



































