
Sulit
5 tahun
Kulit menggelupas di vagina
saya berumur 16 tahun . bbrp hri lepas , kulit di vagina sy menggelupas , sy trus mnggunakan krim kulit krn kulit sy mudh trkena pnykit atau jngkitan . bbrp hri slps itu kulit d vagina sy mnggelupas mnjdi merah dan vagina mula gatal gatal . pd awalnya mahu berjumpa doktor , tp sy risau kerana tiba ii datang bulan . apa yang perlu sy buat utk kembalikan kulit sy mnjdi normal dan menghilangkan kegataln serta kesakitan di vagina saya doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kulit menggelupas pada kemaluan seorang wanita boleh timbul akibat pelbagai perkara seperti:
- Kelainan kulit seperti eczema , rambut yang tumbuh masuk kedalam daging
- Penyakit jangkitan kulit seperti kandidiasis
- Penyakit jangkitan kelamin seperti sifilis dan HPV
- Dermatitis akibat kontak dengan bahan baju ataupun sabun
- Keradangan pada penyakit autoimun seperti Behcet
Merujuk kepada banyaknya hal yang boleh menyebabkan tergelupas di bahagian kemaluan, jelas sukar bagi mendiagnosis penyakit sebenar melalui laman pertanyaan sahaja. Menyapu krim tidak akan menyembuhkan penyakit diatas terutamanya jika penyebab adalah jangkitan. Adalah digalakkan untuk anda merujuk doktor agar dapat diperiksa dan diberikan ubat yang bersesuaian sebelum luka gelupas ini betambah parah dan menimbulkan kesakitan serta masalah lain.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.