
Sulit
4 tahun
Kulit zakar kering
Hi, saya berumur 21 tahun. Saya mengalami masalah kulit zakat kering pada 2/3 kebelakangan ini. Adakah ini masalah yang serius ? Kali terakhir saya melakukan hubungan adalah pada 15 Feb. Dah masalah rersebut baru ada pada 28 feb. Masalah ini adakah berpunca dari pasangan ? Atau pelincir yang digunakan. Dan jika dari pasangan. Adakah ia membahayakan pasangan saya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh banyak punca seperti:
- Dehidrasi
- Kecederaan lama pada alat sulit
- ekzema
- Masalah kesihatan lain yang menjejaskan kelembapan kulit anda.
- produk pencuci yang tidak bersesuaian
Masalah ini boleh membahayakan pasangan anda jika anda mengalami luka dan memiliki penyakit HIV atau kelamin. Pasangan anda akan berisiko mengalami nya jika.
Jawapan ini adalah keterangan am bagi masalah yang anda hadapi. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.