
Sulit
3 tahun
Kulit zakar mengelupas & gatal
Saya lelaki 20an, tiga hari lepas saya mengalami kegatalan pada zakar, harini, beberapa bahagian pada zakar mengelupas sedikit, kepala & batang zakar. Apakah puncanya ? Adakah ini petanda penyakit berbahaya ?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda mengalami kegatalan pada zakar sejak 3 hari lepas dan kini kulit pada bahagian zakar mengelupas. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti :
- Ekzema kulit
- Jangkitan kulit
- Kulit kering
- Alahan pada kain ataupun kondom
- Dermatitis
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya punca masalah anda dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi secara atas talian bersama doktor kami untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.