
Sulit
4 tahun
Kulit zakar tidak bersih seperti ada jangkitan berkulat
saya lelaki berumur 20 tahun dan mengalami zakar yang tidak bersih seperti ada jangkitan kulat atau gelap. apakah ubat atau krim yang sesuai untuk mengubatinya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan saluran kencing (rasa pedih ketika kencing)
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman
- Masalah kebersihan setelah kencing
Untuk mengetahui rawatan atau ubat-ubatan bagi mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah