Anonymous
6 tahun
Kurang bernafsu dan cepat tewas
Sy kurang bernafsu dgn isteri kerana kepenatan utk melayaninya.kami blm ada anak lg…da kahwin 14 tahun.ada x ubat utk naikkan nafsu dan tahan lama yg selamat.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan masalah kurang nafsu dan “cepat tewas” perlu diketahui dengan lebih lanjut kerana masalah cepat tewas ini boleh bermaksud ejakulasi pra-matang atau mati pucuk. Kedua-dua masalah ini perlu diperincikan kerana punca dan rawatan mereka adalah berbeza. Antara kaedah umum untuk mengatasi masalah yang dihadapi anda ialah:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Berbincang dengan pasangan
- Psikoterapi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































