Sulit
3 tahun
Kurang rasa ghairah ketika mahu melakukan sekd bersama suami
Saya wanita baru berkahwin. Sepanjang perkahwinan, saya berasa kurang ghairah ketika suami ingin “bersama” sehingga seks tidak dapat dilakukan kerana sakit pada faraj. Apa yang perlu saya lakukan?
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah seksual.
Untuk makluman anda, nafsu sek atau libido yang kurang boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Masalah fizikal
- Masalah ketika berhubungan: sakit
- Penyakit penyakit luar: darah tinggi, kencing manis,arthritis, dan kanser boleh mengurangkan nafsu
- Pembedahan yang lepas
- Penat
- Perubahan hormon
- Menopaus awal
- Mengandung dan menyusu
- Masalah psikologi
- Keresahan dan kemurungan
- Stres
- Kurang keyakinan diri
- Sejarah seksual yang silam
- Masalah hubungan kasih sayang bersama pasangan
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan rawatan lanjut seperti ubat ubatan. Buat masa sekarang anda boleh cuba praktikkan beberapa kaedah lain di rumah seperti:
- Senaman
- Kurangkan stres
- Komunikasi dengan pasangan
- Jadikan hubungan kelamin satu skedul
- Kurangkan merokok (jika ada) atau tabiat buruk yang lain
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.