
Sulit
5 tahun
Kutil seperti ketuat
Hai doktor sy lelaki berumur 40 thn,alami cm ketuat yg byk kt kantung zakar kadang gatal masa tidur mlm,apa punca dn adakah ubt utk rawatan tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kutil seperti ketuat di bahagian kelamin ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Variasi kulit yang normal pada zakar
- Kutil kelamin
- Jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- Jerawat pada zakar
- Fordyce spots
- Tindakbalas alahan
- Jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex, Sifilis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.