
Sulit
4 tahun
Labia minora ada ketulan kecil
hi doc.sy wanita yg sudah berkahwin dan mmpunyai seorang anak.soalan saya disini,selepas saya berhenti makan pil perancang,setiap bulan sehari sebelum saya period,ketulan yang ada di bibir faraj kecil(minora) akan berdarah. bila ketulan tersebut pecah dan berdarah(spotting)saya akan sakit ketika kencing.sehari / dua hari selepas hari period pertama ketulan itu tidak akan sakit lagi .tapi ketulan itu tidak pernah hilang.warna ketulan iti kecoklatan kemerahan. bersama dengan suami saya tidak mengalami sebarang kesakitan. saya juga ada masalah keputihan juga. apa kah ketulan itu ye doktor? setiap kali period dia akan pecah.tapi tidak pernah hilang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ketulan di kemaluan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya tidak pasti apakah ketulan yang anda katakan. Seeloknya anda ke klinik untuk pemeriksaan lanjut bagi mengetahui hal sebenar. Saya tidak boleh mendiagnosis ketulan tersebut tanpa pemeriksaan fizikal.
Oleh itu, sila ke klinik berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan susulan.
Anda masih risau tentang ketulan pada kemaluan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.