
Sulit
4 tahun
Labia minora rasa ada biji kecil
saya wanita berumur 27thn,sudh brkhwin. selepas berhenti makan pil perancang,setiap kali saya period saya akn sakit ketika ingin kencing.dan ada sedikit spotting.tp spotting tersebut bkn keluar dr lubng faraj. tp spotting tersebut dari luka pada biji kecil di labia minora.biji trsebut tidak sakit bila disentuh,masa mmbuang air kcil/bsr juga tidak sakit.ianya akan sakit bila waktu hampir waktu period sahaja. biji kecil itu akan ada mcm ketulan drh .selepas pecah akan pedih.tpi hanya terjadi waktu period cycle sy je. tp biji kecil itu tidk hlg. apakah itu doc? hanya ada sedikit merah di kwsn tersebut sahaja. tidak rasa gatal pada tmpt trsebut. terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah benjolan biji kecil pada bibir kemaluan (labia minora) yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini dapat berpunca daripada beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Jerawat
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor terutama sekali sekiranya masalah yang anda hadapi berlarutan atau semakin parah.
Anda masih risau tentang biji kecil pada kemaluan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.