
Sulit
3 tahun
Lambat datang bulan dah 2 bulan last period bulan may
Saya tak pasti sama ada bulan april saya period atau tak saya selalu lupa pasal tarikh datang period and now bulan ni sepatutnya saya period at on 19/17 tapi sekarang dah 20 saya risau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Untuk makluman anda, selain kehamilan, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.