
Sulit
3 tahun
Lambat datang period 4 hari
saya wanita berumur 21 tahun dan saya selalunya period selepas circle 28 hari, tetapi kali ini saya dah lewat 4 hari, ada kah ia normal doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda mengenai haid yang datang lewat daripada biasa tetapi jangan risau kerana kami akan cuba membantu anda.
Haid yang lewat merupakan gejala yang sering dilaporkan dan ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Kebanyakan masa, faktor-faktor ini boleh dikawal dan mengembalikan kitaran haid normal semula kepada individu tersebut.
Haid lewat kebiasaanya disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
- Kehamilan
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Kitaran yang berlangsung kurang daripada 21 hari ataupun 34 hari memerlukan pemeriksaan oleh doktor.
Kami juga sarankan anda untuk menghubungi doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut mengenai masalah haid lewat yang anda alami pada masa ini.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.