mhayyeobo
6 tahun
Lambat datang period selama 6 bulan
Saya brusia 25 masalah yg saya hadapi lambat datang period last dtng bulan jan this year… And then sampai kehari ini belum datang period lagi.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi.
Kitaran haid yang normal terjadi setiap 28-38 hari. Perdarahan haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid terjadi lebih lama daripada 38 hari. Melainkan anda sedang hamil, hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara lain seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Penggunaan birth control method, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil perancang
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut masih diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih

























