
anis_9x
5 tahun
Lambat period tapi upt negative
Saya berumur 28tahun… Buln1 bru induce brsalin kerana ank sulung saya meningggal dlm kandungan semasa berusia 7bulan… Period prtama datang selpas itu pada 20mac kemudian 21april, 22may dan 23jun… Skrg dh 26julai tapi tiada tanda utk datang period… Upt juga negatif… Adakah ini normal period lmbt?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Sindrom Polisistik Ovari
- Faktor umur - umur yang muda dan tua sering mengalami gangguan kitaran haid
- Anovulasi - tiada ovulasi, maka tiada haid pada bulan tersebut
- Berat badan - terlalu rendah atau tinggi
- Tekanan fizikal (seperti banyak bersukan) atau emosi
- Masalah kalenjar tiroid/pituitari atau ovum
- Kehamilan
Kadangkala paras hormon anda terlalu rendah untuk dikesan alat upt atau alat tersebut tidak berfungsi dengan baik bagi mengesan kehamilan. Jika anda mengalami tanda-tanda awal kehamilan atau haid masih lewat, anda boleh terus berjumpa doktor atau klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.