
Sulit
5 tahun
Langit-langit, telinga, hidung gatal-gatal
Saya wanita berusia 40 tahun, sejak kebelakangan ini, langit-langit, rongga mulut, telinga, hidung, kerongkong mengalami gatal -gatal. sudah ke klinik dan mendapat ubat alahan, tapi masih gatal-gatal lagi, adakah saya alahan kepada susu full cream ( consume ini untuk menaikkan berat badan) atau alahan kepada ayam, ikan dan protein yang lain? Kalau ingin ke klinik, pergi ke klinik biasa atau klinik gigi?Terima Kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Secara umum, melihat kepada lokasi terjadinya keluhan, kemungkinan besar keluhan alahan yang terjadi adalah alahan terhadap habuk, debu dan perubahan suhu. Justeru, selain pengubatan, anda mungkin boleh menggunakan mask / topeng muka sewaktu keluar dari rumah ataupun sewaktu melakukan tindakan yang terdedah kepada debu seperti menyapu dan mengemas.
Untuk keluhan tambahan dan info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.