
Sulit
4 tahun
Lelangit terasa kesat selepas makan
Saya berumur 20 tahun, beberapa hari lepas, selepas saya makan makanan ringan dan buah limau saya mendapati bahawa lelangit terasa kesat dan pedih, boleh saya tahu apa sebabnya dan cara penyelesaiannya. Tq doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu bahagian lelangit terasa kesat dan pedih. Sebetulnya, sebelum membuat kesimpulan tentang kondisi anda, maklumat lanjut masih diperlukan untuk mendiagnosis seperti apakah terdapat perubahan rasa saat anda mengunyah makanan, apakah terdapat perubahan warna, dan sebagainya.
Bagaimanapun, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- GERD
- Tonsilitis
- Dehidrasi
- akibat pemakanan
- kaviti pada gigi (gigi berlubang)
- jangkitan pada mulut
- kecederaan pada lelangit
- gusi bengkak
Untuk menentukan cara rawatan bagi menyelesaikan masalah ini, punca sebenar haruslah diketahui terlebih dahulu. Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan jika masalah ini mengganggu aktiviti seharian anda, untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih