
Sulit
4 tahun
Lemah badan seperti lupa nak menelan
Sy wnita 20 sy asik lmh bdn.mkn pun da kurg sebb kdg mcm susah nk menelan.lgi mcm xpuas nk bernafas…kena guna mulut bru puas sikit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah lemah badan boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor seperti emosi, jangkitan pada tubuh, masalah pada sendi atau organ lain serta penyebab lain yang memerlukan pemeriksaan yang komprehensif sebelum membuat kesimpulan.
Berkenaan dengan kesukaran menelan, ianya boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya ialah:
- Tonsillitis
- Ketumbuhan dalam tekak
- Radang tekak
- Globus makanan
- Terdapat bahagian yang sempit pada laluan tekak “stricture”
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan. Jika masalah ini semakin berlarutan, anda disyorkan untuk berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.
Di samping itu, memandangkan kini kita dilanda oleh virus COVID-19, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala. Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Akan tetapi, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.