
Sulit
4 tahun
Lemah syahwat dan sakit keluar mani
Saya lelaki berumurv40 tahun. Saya mengalami masalah lemah batin. Kalauoun dapat tegang hanya sekejap. Kalau mani keluar rasa sakit

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Bedasarkan keterangan di atas, kami memahami atas gejala yang anda tengah hadapi mengenai kesihatan seksual anda. Walaubagaimanapun, kami hanya mampu memberi maklumat secara am mengenai punca masalah anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab-sebab lemah batin secara am antaranya ialah:
- Umur
- Stress
- Kecederaan pada bahagian kelamin
- Kesan sampingan ubat-ubat tertentu
- Masalah kesihatan yang lain seperti diabetes, darah tinggi, dan depressi
- Minum alkohol atau merokok yang berlebihan
Bagi masalah ejakulasi yang menyakitkan pula boleh disebabkan oleh :
- Keradangan prostat (Prostatitis)
- Batu(calculi) atau sista prostat
- Jangkitan kuman prostat atau salur kencing (UTI)
- Benign prostatic hyperplasia (BPH)
- Kanser prostat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.