
Sulit
3 tahun
Lendir berdarah selepas waktu haid
Saya wanita berumur 20an…saya baru sahaja mengalami masalah pengeluaran lendir beserta darah…kenapa ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami fahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu lendir berdarah setelah waktu haid. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala sedemikian lazimnya boleh berlaku atas beberapa faktor, seperti:
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Akan tetapi, ia juga boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan