
Sulit
4 tahun
Lendir, Kahak, Batuk
Saya berumur 20 an, bulan puasa yang lepas saya hidung saya kerap tersumbat dengan lendir,mungkin kerana keadaan di kampung yang terlalu sejuk, setiap hari saya kena keluarkan lendir sehingga sebulan dari kedua-dua belah hidung, lepas raya, lendir di hidung dah kurang tapi saya kerap batuk, dapat rasa macam ada kahak di tekak terutama sekali kalau cuaca sejuk atau tempat beraircond. Saya tak pandai keluarkan kahak, jadinya saya banyakkan minum air panas, tapi keadan saya masih tidak berubah sampai sekarang. Pernah sekali batuk waktu malam,sangat teruk dan mengganggu tidur saya serta badan saya berpeluh gara-gara batuk tak berhenti. Saya pernah ada sejarah penyaktit tibi. Adakah TB tu berulang semula?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, batuk berpanjang serta kahak putih berbuih boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan saluran pernafasan atas
- Bronkiektasis
- Tuberkulosis (Tibi)
- Bronkitis
- Kanser paru-paru
Memandangkan anda mengeluhkan bahawa anda mempunyai sejarah TB, justeru sebaiknya anda merujuk doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan seperti X-ray, pemeriksaan darah dan sebagainya. Hal ini kerana, sukar untuk menentukan masalah kesihatan yang mendasari keluhan anda ini sekiranya hanya bersandarkan kepada keterangan di sini.
Untuk maklumat dan info tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.