
Sulit
4 tahun
Lewat datang haid dan payudara sakit. Adakah saya mengandung?
Saya wanita berusia 24 tahun. Saya ingin bertanya bolehkah perempuan hamil sekiranya tidak melakukan hubungan seks? Saya sudah 35 hari tidak datang haid. Tapi saya tidak ada melakukan sebarang intercourse bersama suami. Saya juga merasakan payudara saya sakit dan membengkak. Adakah kemungkinan untuk saya hamil ? Atau saya mengalami masalah kesihatan yang lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, kehamilan terjadi apabila terdapat persenyawaan antara sel telur wanita dan sperma daripada lelaki yang didapati melalui hubungan seksual. Maka, seorang wanita tidak boleh hamil sekiranya tiada sperma atau tidak berhubungan seks. Mengenai masalah haid lewat yang anda alami, selain daripada kehamilan, ia juga dapat disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Kebanyakan wanita juga akan mengalami sindrom premenstruasi iaitu perubahan emosi atau fizikal sebelum beberapa hari datang haid seperti, mood swing, sakit kepala dan sakit pada payudara. Gejala ini adalah normal dan bersifat sementara serta akan hilang setelah datang haid.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!