
fatinezzatey
5 tahun
Lewat haid 22 hari upt samar
Saya 29 thun dah 3 thun berkahwin. Last period saya 11/5/2019… Sepatutnya saya dtg haid pada 6/7hb 6 tapi masih belum dtg haid, upt ngatif.sy dah ke klinik scan tpi kosong xda apa, msa11hri lewat. Tpi selepas 14hari lewat haid upt samar dlm 5hari sy test upt. Hrini 22hari masih xdtg haid. Upt samar lagi… Cuma dlm seminggu ni saya mngalami keputihan yg bnyak mcm lendir telur sama mcm wktu subur… Apa

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Antara penyebab masalahkitaran haid tidak teratur atau lewat adalah:
- tekanan emosi
- Perubahan diet secara drastik
- masalah berat badan
- Pengambilan ubat tertentu
- masalah tiroid atau pituitari
- Kehamilan
- masalah ovari, rahim atau serviks
Namun begitu, kitaran haid normal bagi wanita boleh jadi antara 21-35 hari. Jadi terdapat kemungkinan anda datang sedikit lewat pada kali ini. Oleh itu, sekiranya anda masih tidak datang haid melebihi kitaran 35 hari, anda boleh melakukan ujian kehamilan, atau mendapatkan nasihat lanjut agar punca masalah haid anda dapat diketahui.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.