
Sulit
4 tahun
Lewat haid 8 hari tapi reslut upt negative
Hai… saya nak mahu tanya… saya dah 8 hari lewat haid dan pagi tadi saya test upt dan resultnya negative… sebelum ni haid saya normal… Sekarang saya asyik sakit di bahagian belakang dan kadang² di bahagian perut seperti senggugut… sakit di bahagian perut sudah berhari-hari cuma tidak terlalu ketara sakitnya… saya keliru sama ada saya hamil ataupun mempunyai penyakit lain… perlukah saya ke klinik untuk pemeriksaan atau menunggu beberapa hari lagi untuk mencuba upt test?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi anda pada masa ini. Namun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat lanjut untuk mengetahui keadaan anda. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh mendapat masalah haid lewat, seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk masalah sakit perut pula, ini adalah antara sebab yang berkemungkinan. Namun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat.
- Senggugut
- Pergerakan usus (peristalsis) yang aktif
- Penyakit batu karang
Bagi keputusan UPT negatif pula, ini adalah antara sebabnya:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar: dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah haid lewat dan keputusan UPT negatif. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Selain dari itu, anda juga boleh merekod kitaran haid anda di dalam diari atau aplikasi telefon pintar untuk melihat kitaran haid anda pada setiap bulan secara keseluruhan.
Sekianya anda masih mempunyai soalan, hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.