Sulit
3 tahun
Lewat haid hampir 2 minggu
Saya wanita 20 an & mempunyai kitaran haid yg tetap. Pada 26 Sept sy telah melakukan hubungan seks untuk pertama kali. Last period pada 27 Aug & kitaran haid 35 hari. Jadi ini bermakna, next period sepatutnya pada 30 sept. Namun period masih belum dtg sehingga hari ini11 oct (hampir 2 minggu). Sy buat pregnancy test result negative. Jadi adakah first sex menjadi faktor lewat haid? Sejak kebelakangan ini juga sy mengalami stress yg kerap & adalah ini juga menjadi faktor utama haid sy lewat?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan. Anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!