
Sulit
5 tahun
Lewat makan ubat pentoris yg sepatutnya dalam masa 72 jam
hai saya wanita yg berumur 22 tahun, saya telah melakukan seks dengan teman lelaki sy, dan terjadi perkara yng tidak diingini, dan saya trlambat beli ubat pentoris 2 yg sepatutnya makan dalam 72 jam, sy mkn lewat sehari,jadi sy nak tanya adakah sy akan mngandung jika lewat sehari mkn ubat tu ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, kami tidak cam dengan ubat Pentoris, saya menduga disini anda sedang mengatakan tentang ubat Postinor.
Menurut kajian, secara am dianggarkan bahawa Postinor akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi. Memandangkan anda lewat sehari, justeru peratus keberkesanan ubat ini mungkin sangat rendah.
Sekiranya anda aktif secara seksual namun mahu mencegah kehamilan, dinasihatkan untuk mengambil alat pencegah hamil seperti IUCD atau suntikan perancang selain daripada pil perancang bagi mencegah hamil untuk jangka masa yang panjang. Hal ini kerana pil perancang kecemasan hanya boleh digunakan satu kali sahaja dalam setiap kitaran haid.
Untuk info tambahan, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian sekiranya puan ingin mengetahui lebih lanjut tentang perancang keluarga lain. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.