
Sulit
4 tahun
Lewat period check upt negatif
hi doktor saya nak bertanya. Saya dah lewat period. last 1st day period on 12/1/2021 sampai sekarang belum period tapi check upt negatif. Banyak kali check negatif. last check upt 2/3/2021 pun negatif. Lepastu saya pergi klinik 5/3/2021 doktor scan tiada apa2 masalah seperti cyst, fibroid. Dan scan pun tiada kantung. Jadi doktor bagi ubat turun darah nama medroxyprogesterone acetate 5mg. Bahaya tak saya makan ubat tu sekarang ? akan ada chance pregnant ke kalau upt negatif ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Perubahan hormon wanita memainkan peranan yang besar mengenai perkara ini. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Memandangkan anda telah mendapatakan pemeriksaan doktor, maka dinasihatkan untuk anda meneruskan pengambilan ubat yang telah dibekalkan oleh doktor. Sekiranya masalah ini berterusan, anda dinasihatkan untuk berjumpa semula dengan doktor bagi dirujuk kepada pakar.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.