
Sulit
3 tahun
Lewat period dan opk positif. Upt pun positif
Saya dah lewat period dalam seminggu. Sengaja test opk pukul 3 pagi dan line T lagi terang dari line C. Lepastu pukul 6 pagi saya test guna HCG pula. Naik double line terang. Adakah saya mengandung? Takut pula nak letak harapan tinggi

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, urine pregnancy test (UPT)adalah alat pemeriksaan yang dapat mendeteksi hormon beta hCG yaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Memandangkan hormon diciptakan oleh plasenta, yang terjadi setelah persenyawaan, hasil tes positif menandakan bahawa anda mengandung. Silakan lihat link ini untuk panduan menggunakan alat uji kehamilan. Apabila hasil test negatif, ia menunjukkan bahawa tiada plasenta yang melepaskan hormon tersebut, justeru anda tidak hamil.
Namun begitu, kitaran haid normal bagi wanita boleh jadi antara 21-35 hari. Jadi terdapat kemungkinan anda datang sedikit lewat pada kali ini. Oleh itu, sekiranya anda masih tidak datang haid melebihi kitaran 35 hari, anda boleh melakukan ujian kehamilan, atau mendapatkan nasihat lanjut agar punca masalah haid anda dapat diketahui. Lakukan ujian kehamilan beberapa kali kerana ada kemungkinan UPT akan jadi negatif pada kali pertama.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk pemeriksaan fizikal dan maklumat lanjut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
doctoroncall-og-image.png1200x630
Find Best Obstetrician & Gynaecologist In Kuala Lumpur - Book Appointments,…
Best Obstetrician & Gynaecologist near me in Kuala Lumpur. Book doctor appointment online, schedule consultation, view reviews, address, phone number of Obstetrician & Gynaecologist in Kuala Lumpur | DoctorOnCall