
Sulit
4 tahun
Lower abdomen(D&c( molar pregnancy
hai salam sejahtera doc, saya berumur 20 tahun. saya baru lepas buat d&c minggu lepas dan sekarang lower abdomen saya belh kiri saya sakit. kalau saya ingin meneran ketika membuang air besar pun macam sakit. kenapa ya doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keterangan yang anda berikan adalah masih kurang jelas untuk mendiagnosis penyakit sebenar yang anda alami. Akan tetapi, secara umumnya, sakit ketika buang air besar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Luka dubur
- Sembelit
- Buasir
- Kelainan kulit seperti ekzema ataupun ketuat
- Jangkitan seperti penyakit jangkitan seksual
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.