
Sulit
3 tahun
Loya tekak dan berat turun mendadak
Salam doc , saya remaja perempuan berumur 18 tahun . Saya nak tanya saya telah mengalami penurunan berat badan yg sangat mendadak sejak 3 bulan kebelakangan ini . Selera makan pun semakin berkurangan dan lepas makan mesti rasa nak muntah . Dan sejak seminggu ni saya mengalami sakit perut dan bila membuang air najis saya tidak seperti biasa . Saya sering kali demam dan sakit kepala hampir setiap minggu . Boleh saya tahu kenapa ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Bagi masalah mual dan sakit kepala pula, ia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada perut
- Ibu mengandung
- Migrain
- Keradangan otak, hati ataupun paru-paru
- Komplikasi sakit kencing manis
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor secepatnya
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.