
Sulit
4 tahun
Lubang kecil pada telinga anak
Hai doktor, sejak dilahirkan, anak saya mempunyai lubang kecil di belah atas telinganya. Masalahnya bila saya picit lubang tu, akan keluar cecair yang busuk. Adakah itu tanda infection? Tapi anak tidak demam. Lagi satu macam mana penjagaan lubang telinga supaya tidak berbau? Setiap kali selepas mandikan anak saya, saya akan lap di bahagian lubang tersebut.anak saya sekarang nak masuk 3 tahun…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anak anda yang perlu ditanyakan. Umumnya, telinga berbau boleh disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Jangkitan telinga akibat kuman ataupun kulat
- Sumbatan telinga akibat kotoran ataupun benda asing seperti permainan
- Jangkitan tulang telinga akibat proses inflamasi (keradangan)
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.