
Sulit
5 tahun
Luka di kemaluan pada tempat yang sama
Sy seorang wanita berusia 30 tahun.mempunyai seorang anak berusia 1 tahun 3 bulan.persoalan saya adalah,setelah bersalin saya kerap mengalami luka ditempat yang sama setiap kali selepas bersama suami…adakah berkemungkinan luka tersebut datang dari kesan labia tear semasa bersalin dahulu?lukanya menjadi seperti ulser ditempat yang sama dan mengambil masa beberapa hari untuk sembuh

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan virus herpes
- luka pada kawasan bersalin
- jangkitan sifilis
- jangkitan kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.