
efatiehah
5 tahun
Luka jahitan bersalin terbuka dan bernanah
Hi sya baru bersalin secara normal 9hari lepas… Apa yang sya perlu buat sekiranya luka jahitan saya terbuka dan bernanah… Saya baru perasaan hari ni… Sekiranya saya ke hospital adakah doc akan berikan ubat cuci atau kena jahit lagi sekali?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda harus merujuk perkara ini ke hospital supaya luka anda boleh diperiksa dan dibersih. Luka bernanah membawa maksud bahawa ia telah dijangkit. Sekiranya dibiarkan, anda boleh mendapat komplikasi seperti jangkitan kuman dalam darah. Anda mungkin akan diberi ubat antibiotik untuk mengelakkan jangkitan tersebut bertambah teruk.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.