
Sulit
4 tahun
Luka jahitan dalaman bersalin terasa sakit selepas sebulan berlalun
Salam saya baru lepas bersalin normal, day 40 now. Saya rasa sakit di bahagian luka jahitan bhgian dalam. Jahitan luar dah sembuh, tapi dalam terasa berdenyut sakit. Apa patut sy buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi iaitu sakit pada bahagian luka jahitan bersalin ( episiotomi ).
Lazimnya, proses penyembuhan daripada episiotomi selepas bersalin memang mengambil masa dan memerlukan kesabaran. Ia mengambil masa lebih kurang dalam 10 hari hingga 2 minggu. Penyembuhan dari episiotomi boleh jadi menyakitkan dan tidak selesa. Memandangkan anda mengalami kesakitan setelah 1 bulan lamanya, kami menasihati anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital yang berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut dan rawatan yang sesuai.
Segera berjumpa dengan doktor jika anda lihat sebarang tanda-tanda bahaya atau jangkitan seperti luka berbau, atau anda menghadapi masalah apabila hendak membuang air.
Kebiasaannya anda akan diberi ubat tahan sakit ketika berada di hospital dan mungkin doktor akan memberikan lagi beberapa ubat tahan sakit untuk dibawa pulang.Kebanyakan wanita akan sembuh tanpa masalah, walaupun mungkin mengambil masa beberapa minggu. Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dengan lebih lanjut berkenaan penjagaan luka episiotomi ini.
Layari kehidupan yang indah selepas bersalin.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih