
Sulit
4 tahun
Luka melecet di kepala zakar
Saya seorang lelaki awal 30 an.
Dua hari lepas, saya ada menggunakan produk gambir… Akibat sapuan yang terlebih sedikit … Saya dapati ada kesan melecet pada bahagian kepala zakar… Kondisi sekarang luka melecet dalam keadaan kering dan ada sedikit kelembapan keputihan keluar selepas mandi di bahagian atas kepala … Tiada sakit ketika membuang air kecil atau ketika dalam keadaan seharian… Apa cadangan ubat sapuan yang boleh saya beli di farmasi untuk kembali pulih? … Saya risau jika luka melecet tidak sembuh.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu luka melecet pada kepala zakar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, luka di zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
Luka di kulit kemaluan seperti luka lecet
Masalah kelainan kulit seperti dermatitis atau ekzema
Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
Saluran kencing tersumbat
Untuk jenis rawatan dan ubatan yang sesuai digunakan pada bahagian kemaluan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi tujuan pemeriksaan dan rawatan yang sewajarnya.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih