
Sulit
4 tahun
Luka pada batang zakar (penis)
Saya lelaki 20an, saya perasan luka pada bahagian badan zakar saya… Saya khawatir dengan perkara tersebut. Apa yang saya sedang menghidap?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu luka pada kemaluan. Untuk makluman anda, luka di zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Luka di kulit kemaluan seperti luka lecet
- Masalah kelainan kulit seperti dermatitis atau ekzema
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
Nasihat saya, sekiranya luka di kawasan tersebut dapat menganggu dan menjejaskan keselesaan serta aktiviti membuang air kencing, maka anda sebaiknya mendapatkan rawatan segera. Malah, dikhuatiri sekiranya penyebab sebenar adalah jangkitan, ia dapat merebak dan menjadi lebih parah. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Setelah masalah ini selesai, nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah