
anonymous
5 tahun
Luka pada Saluran dubur
saya lelaki berumur 20 tahun. Saya mendapati darah keluar dari dubur selepas membuang air besar. Darah dia merah cerah. Najis normal dan tidak hitam. Saya juga tidak mempunyai buasir atau sembelit. Adakah saya mengalami luka dalam saluran dubur ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berak berdarah boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Buasir
- Divertikulum
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor seandainya perdarahan tidak berhenti, terdapat sakit, letih dan sebagainya kerana dikhuatiri terjadi kehilangan darah yang banyak sampai membahayakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.